Talk to the world!

LAPORAN MESYUARAT AGUNG KE-27 TAHUN 2022

LAPORAN MESYUARAT AGUNG KE-27 TAHUN 2022

AHLI JAWATAN KUASA ( AJK ) BAHARU BARC PADA MESYUARAT AGUNG KE-27
4 Jun 2022, 9am
Dewan G. C. Woolley, Museum Sabah

KOTA KINABALU: Kelab Radio Amateur Borneo (Borneo Amateur Radio Club [BARC])

telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-27 pada 4 Jun 2022 yang lalu bertempat di Dewan G. C. Woolley, Muzium Sabah. Mesyuarat bermula seawal jam 9.00 pagi dengan kehadiran perwakilan seramai 24 ahli mewakili ahli dari seluruh sabah dan W.P. Labuan. Mesyuarat Agung kali ini merupakan tahun pemilihan bagi pentadbiran jawatankuasa kelab bagi sessi 2022-2023.

Pada mesyuarat itu beberapa jawatan tertinggi telah dimenangi tanpa bertanding termasuklah jawatan Presiden yang dimenangi oleh 9W6RMD Rosni Bin Mohd Daud, Timbalan Presiden 9W6YBS Yahiaya Bin Hj Safri, Setiausaha 9M6TK Timothy Kurin dan Bendahari 9W6ZBM Zainuddin Moksil

Manakala beberapa jawatan tertinggi yang dipertandingkan adalah jawatan Timbalan Setiausaha dan enam Jawankuasa tertinggi Kelab. Sebelas pencalonan telah diterima bagi merebut jawatan-jawatan tersebut.

9W6RMD Rosni Bin Mohd Daud Presiden Baru BARC bagi sessi 2022-2023 dalam ucapan alu-aluannya mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih di atas kehadiran ahli-ahli demi menggalas tanggungjawab sebagai warga radio amatur. Beliau berharap siapa saja yang berjaya di dalam pemilihan ini akan dapat melaksanakan tugas sebagai Ahli Jawatan Kuasa BARC bagi menjayakan program-program radio amatur ini dan tahun-tahun berikutnya.

Bagi Jawatan Timbalan Setiausaha, 9W6JMS James Wan Tin ditentang oleh 9W6ANY Haini Adam. Keputusannya 9W6JMS James Wan Tin berjaya dilantik kejawatan  tersebut dengan mendapat majoriti undi perwakilan yang hadir.

Bagi pemilihan jawatan Ahli Jawatan Kuasa (AJK), seramai 10 ahli merebut enam jawatan yang diperuntukkan dalam perlembagaan. Keputusannya adalah seperti berikut:

  1. 9W6TAS Mohd Taslim Tahir
  2. 9M6RHM Abdul Rahim Marjaya
  3. 9W6ANY Haini Adam
  4. 9W6YBA Han Bunajos
  5. 9W6NOI Matnor bin Nod
  6. 9W6RSL Roslan Badul Rahman

Dalam gambar dibawah. yang duduk adalah Ahli Jawatan Kuasa Baharu BARC 2022 – 2023
(Duduk dari kiri ke kanan)
9W6BA, 9W6NOI, 9W6ANY, 9M6TK, 9W6RMD (Presiden), 9W6ZBM, 9M6RHM, 9W6TAS, 9W6RSL

Dalam ucapan penangguhan, 9W6RMD Rosni Bin Mohd Daud mengucapkan syabas kepada ahli-ahli yang Berjaya dipilih di dalam pemilihan kali ini. Kepada yang tidak berjaya, jangan berduka cita, kerana kita adalah satu keluarga Ham Radio.  “Antara agenda yang akan dilaksanakan pada tahun 2022-2023 ialah penambahbaikan liputan repeater disekitar sabah dan meningkatkan kemahiran ahli-ahli dalam pengendalian radio amatur.” ujarnya lagi. Beliau turut memperingatkan kepada ahli kelab untuk terus memberikan pandangan dan sokongan terhadap akitiviti-aktiviti yang akan dianjurkan.

Rosni juga merakamkan terima kasih kepada barisan pentadbiran terdahulu dibawah kepimpinan mantan Presiden 9W6EDJ Adzhar @ Eddy Tan Sri R.M Jasni di atas jasa dan sumbangan pentadbiran terdahulu kepada kelab. Gabungan muka baru dan lama dalam pentadbiran Kelab Radio Amateur Borneo sessi 2022-2023 diharapkan akan dapat mengangkat martabat kelab ke tahap yang lebih tinggi lagi. Majlis penutup disudahi dengan majlis bergambar kenangan.

Presiden Baru bersama Mantan Presiden masa peryerahan tugas

Pada malam berikutnya pula turut diadakan Majlis Makan Malam Amal Kelab Radio Amateur Borneo di Pak Andi’s Seafood Restaurant, Tanjung Aru seawal 7.00 malam. Turut memeriahkan acara adalah para XYL ahli kelab iaitu isteri dan ahli keluarga. Pelbagai pengisian aktiviti pada acara makan malam tersebut termasuk majlis ramah mesra dan hiburan karaoke. Majlis makan malam selesai pada jam 10.00 malam.